Penganggur didakwa bunuh pelajar POLISAS

Foto RTM

KUANTAN, 12 Oktober – Seorang penganggur berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), M. Elisa Jonova, 19 tahun, pada 6 Oktober lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh tidak diwakili peguam, hanya mengangguk selepas pertuduhan dibacakan; tiada pengakuan direkodkan.
  • Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan; hukuman boleh mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan minima 12 kali.
  • Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohd Sabri Othman; sebutan semula kes ditetapkan 12 November.

Tertuduh, F. Alan Stevekumar yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Elisa di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, Taman Pauline, Kuantan, antara pukul 4.32 pagi hingga 4.55 pagi pada tarikh berkenaan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Tertuduh juga boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohd Sabri Othman.

Mahkamah menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes.

Pada 6 Oktober lepas, M. Elisa Jonova ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh teman lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Air Putih di sini, pada 4.32 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.