
KUALA LUMPUR, 11 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi, yang mengorbankan orang awam dan menyebabkan ratusan lagi cedera.
- Perdana Menteri mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh yang menjejaskan orang awam.
- Beliau menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar yang cedera segera pulih.
- Tiada alasan boleh membenarkan serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam, tindakan sedemikian menambah penderitaan dan risiko meluas konflik.
- Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat Arab Saudi serta menyeru penggunaan diplomasi dan pertimbangan rasional untuk elak penyebaran konflik.
Dalam kenyataan di media sosial, beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih.
Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada alasan yang boleh membenarkan serangan terhadap orang awam dan infrastruktur awam.
“Tindakan yang mengancam nyawa orang tidak bersalah hanya akan menambahkan penderitaan akibat konflik, selain berisiko meluaskan kesannya ke kawasan yang sepatutnya tidak terjejas.
“Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat Arab Saudi dalam menghadapi situasi mencabar itu,” katanya.
Datuk Seri Anwar turut menegaskan harapan Malaysia agar diplomasi dan pertimbangan rasional diutamakan bagi mengelakkan konflik berkenaan daripada terus merebak.