
KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Kerajaan akan menggembleng usaha kementerian, agensi dan institusi pendidikan bagi membangunkan data bahasa digital Bahasa Melayu yang sahih serta beranotasi, sebagai langkah memperkukuh pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) berteraskan identiti kebangsaan.
- Pembangunan ekosistem digital Bahasa Melayu perlu selari dengan kemajuan teknologi supaya bahasa kebangsaan kekal relevan dalam era AI.
- Kerajaan menekankan teknologi AI tempatan mesti dibangunkan tanpa mengabaikan identiti kebangsaan Malaysia.
- Pengumpulan dan penyediaan data bahasa berkualiti dijadikan asas kukuh bagi pembangunan teknologi tempatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pembangunan ekosistem digital Bahasa Melayu perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi bagi memastikan bahasa kebangsaan terus relevan dalam era AI.
“Kerajaan akan menggembeleng seluruh kekuatan kementerian, agensi dan institusi pendidikan supaya dapat menyumbang data bahasa digital yang sahih dan beranotasi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Pembangunan ekosistem berkenaan penting bagi membolehkan Malaysia membina teknologi AI sendiri tanpa mengabaikan identiti kebangsaan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 hari ini.
Langkah itu turut meletakkan kepentingan pengumpulan dan penyediaan data bahasa yang berkualiti sebagai antara asas pembangunan teknologi tempatan.