Belanjawan 2027 : DPMM harap lebih banyak dana, kurangkan birokrasi bantu usahawan muda

Peruntukan berupaya memenuhi keperluan modal bagi usahawan yang memulakan perniagaan 

KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Lebih banyak dana diharap dapat disalur kepada usahawan muda dalam Belanjawan 2027, termasuk modal kerja serta pembangunan kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harapkan peruntukan Belanjawan 2027 untuk menyalurkan lebih dana kepada usahawan muda, termasuk modal kerja dan pembangunan kewangan.
  • Diyakini peruntukan dapat meningkatkan kemahiran dan pembangunan kapasiti usahawan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.
  • Mengurangkan birokrasi diperlukan bagi memudahkan akses dana dan sokongan kepada usahawan muda.

Setiausaha Kehormat Dewan Muda Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Sazaindrais Sajit berpendapat peruntukan berkenaan berupaya memenuhi keperluan modal kerja terutamanya bagi kumpulan sasar yang baharu memulakan perniagaan.

“Untuk komuniti usahawan muda pula, kumpulan sasar memerlukan modal kerja untuk memulakan perniagaan.

“Peruntukan berkenaan diyakini berupaya membantu kumpulan sasar meningkatkan kemahiran juga pembangunan kapasiti bagi mengembangkan perniagaan masing-masing,”katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Keusahawanan T&L Group, Izzati Syahirah Ahmad Fuad pula menyifatkan peningkatan kemahiran penting bagi memastikan usahawan kekal berdaya saing dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah.

“Usaha meningkatkan kemahiran tidak boleh diketepikan agar usahawan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dalam mengembangkan perniagaan, agar tiada yang ketinggalan,”katanya pada Majlis Pelancaran Nouva yang merupakan platform pembelajaran, kemahiran dan komuniti untuk usahawan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.