MINDEF jamin tindakan tegas kes dadah Pangkalan Udara Subang

Adly Zahari/Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR, 25 November – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi jaminan tindakan tegas terhadap anggota yang terbabit dalam kes dadah di Pangkalan Udara Subang, selain memastikan keselamatan anggota yang bertindak mengesan penemuan bahan disyaki dadah itu turut diberi perhatian.

RINGKASAN BERITA AI
  • MINDEF akan terus memberikan kerjasama kepada PDRM dalam siasatan kes berkenaan.
  • Kementerian akan mengambil langkah dalaman bagi menangani isu integriti dalam organisasi ketenteraan.
  • MINDEF tidak bertolak ansur terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.
  • Tindakan dalaman MINDEF dan ATM akan dilaksanakan selari dengan proses perundangan terhadap pihak yang didapati bersalah.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata kementerian akan terus memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan kes berkenaan, selain mengambil langkah dalaman bagi menangani isu integriti dalam organisasi ketenteraan.

“Kita bukan sahaja melihat prosedur yang kita ada, tetapi penilaian kita juga buat masa ini adalah untuk menjaga keselamatan anggota kita yang bertindak melakukan tangkapan ini dan memberikan kerjasama kepada pihak PDRM.

“Sepertimana yang selalu kita sebut dalam soal integriti kita ataupun perkara yang terkait dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah ini, kita tidak pernah bertolak ansur,” katanya di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Adly menegaskan tindakan di peringkat dalaman MINDEF dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap akan dilaksanakan selari dengan proses perundangan negara terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.