
KUALA LUMPUR, 8 Oktober – Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berjaya melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Arctic, selepas menewaskan pemain China Dong Tian Yao hari ini (Rabu).
- Lee Zii Jia dijadual bertemu wakil Taiwan Su Li Yang, yang menewaskan Lin Chun Yi 21-17, 21-6.
- Beregu Aaron Tai-Yap Roy King menewaskan Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 21-12, 21-13; akan berdepan pilihan ketujuh Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.
- Chia Weijie-Teo Ee Yi menewaskan Berzanskis-Paksys 21-12, 21-12 dan akan bertemu Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng.
Pada aksi yang berlangsung di Energia Areena, Zii Jia tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawannya itu menerusi kemenangan 21-18, 21-14.
Bekas juara Seluruh England itu, dijadual bertemu wakil Taiwan Su Li Yang yang menewaskan rakan sepasukan Lin Chun Yi 21-17, 21-6.
Sementara itu, acara beregu lelaki menyaksikan beregu lelaki kebangsaan Aaron Tai-Yap Roy King, tidak berdepan banyak masalah mengenepikan cabaran rakan senegara Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, 21-12, 21-13.
Aaron-Roy King bakal bertemu pilhan ketujuh dari Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen yang menewaskan pasangan Itali Alessandro Gozzini-Luca Zhou, 21-8, 21-10.
Turut mara, pasangan beregu lelaki profesional Chia Weijie-Teo Ee Yi, yang menewaskan gandingan Lithuania Danielius Berzanskis-Domas Paksys 21-12, 21-12.
Pasangan itu akan bertemu pasangan Taiwan Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng yang menewaskan beregu Denmark Kim Astrup-Anders Rasmussen 21-15, 21-17. – BERNAMA