Pusat Tingkatan Enam baharu di Cheltenham Ladies’ College dinamakan “Zarith Sofiah Centre”

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Pusat Tingkatan Enam baharu di Cheltenham Ladies’ College, England dinamakan “Zarith Sofiah Centre” sebagai penghormatan kepada Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengumuman dibuat pada 29 September; Raja Zarith Sofiah ahli alumni pertama namanya diabadikan pada sebuah bangunan kolej.
  • Beliau belajar di Cheltenham Ladies’ College dari 1972 hingga 1977 sebelum melanjutkan pengajian di University of Oxford.
  • Pengetua Eksekutif Eve Jardine-Young menyatakan penamaan sebagai pengiktirafan jasa dan bakti Raja Zarith Sofiah.
  • Bangunan itu satu-satunya di kolej dinamakan sempena alumni dan akan mula menerima pelajar baharu pada 2027.

“Perkara itu diumumkan pada 29 September baru-baru ini, dan Raja Zarith Sofiah merupakan ahli alumni pertama yang namanya diabadikan pada sebuah bangunan di kolej itu,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Raja Zarith Sofiah merupakan bekas pelajar Cheltenham Ladies’ College selama lima tahun dari 1972 hingga 1977, sebelum meneruskan pengajian tinggi di University of Oxford.

Pengetua Eksekutif Cheltenham Ladies’ College, Eve Jardine-Young berkata, penamaan pusat berkenaan merupakan pengiktirafan terhadap jasa dan bakti Raja Zarith Sofiah sepanjang kehidupan Seri Paduka Baginda.

“Bagi pihak ibu bapa, pelajar dan kakitangan Cheltenham Ladies’ College – dulu, kini dan di masa akan datang – kami berbesar hati untuk membuka Pusat Tingkatan Enam yang baharu ini dan menamakannya sempena Raja Zarith Sofiah sebagai pengiktirafan kepada jasa dan bakti sepanjang kehidupan Seri Paduka Baginda,” katanya.

Beliau berkata, pusat berkenaan merupakan satu-satunya bangunan di kolej itu yang dinamakan sempena alumni, selain bakal menerima pelajar baharu mulai 2027.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.