Protes daftar pemilih, polis perketat kawalan

Foto AFP

NEW DELHI, 2 Oktober —Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di sini, mendesak Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya India supaya meletak jawatan susulan dakwaan ketidakpatuhan dalam senarai daftar pemilih.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis dikerahkan dan kawalan diperketat termasuk penggantungan perkhidmatan internet mudah alih di kawasan protes.
  • Lokasi perhimpunan di Jantar Mantar dikepung penghadang polis.
  • Laporan The Indian Express mendapati ketidakwajaran semakan daftar pemilih, menyebabkan jutaan nama digugurkan.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan salah laku, tetapi pembangkang merancang perarakan dan himpunan "selamatkan demokrasi" di seluruh negara.

Sejumlah besar anggota polis dikerahkan bagi mengawal demonstrasi itu termasuk mengantung perkhidmatan internet mudah alih di kawasan berkenaan.

Lokasi perhimpunan yang ditetapkandi jantar mantar dikepung dengan penghadang polis, manakala perkhidmatan internet mudah alih di kawasan berkenaan turut digantung.

Siasatan Akhbar The Indian Express bulan lalu melaporkan berlaku ketidakwajaran dalam proses semakan besar-besaran daftar pemilih, sehingga menyebabkan jutaan nama digugurkan daripada senarai.

Suruhanjaya Pilihan Raya India bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dalam proses semakan berkenaan.

Beberapa ahli parti pembangkang yang menyertai protes itu turut ditahan pihak polis untuk tempoh sementara.

Peserta mengibarkan bendera India sambil melaungkan slogan mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendesak Gyanesh Kumar meletakkan jawatan.

Seorang pelajar Universiti Delhi berusia 19 tahun, Nidhi Sharma, berkata tindakan itu dilakukan demi masa depan generasi muda, termasuk hak mereka untuk mengundi.

Seorang lagi penunjuk perasaan, Mina Giri, 38 tahun, mendakwa namanya digugurkan daripada daftar pemilih walaupun sudah menetap di Delhi selama 15 tahun dan pernah mengundi dalam pilihan raya terdahulu.

Parti-parti pembangkang India turut merancang perarakan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di New Delhi pada 6 Oktober, selain mengadakan himpunan bertemakan ‘selamatkan demokrasi’ di seluruh negara pada hari-hari berikutnya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.