Ringgit kekal bawah RM4.10 sepanjang September

Foto Fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Ringgit kekal diniagakan di bawah paras RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sepanjang September 2026 meskipun menyusut 1.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • MBSB Research: ringgit lebih stabil sekitar RM4.06 hingga RM4.08 pada separuh kedua September, disokong keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi domestik.
  • Awal September, ringgit diniagakan dalam julat RM4.03 hingga RM4.099, dipengaruhi prestasi dolar AS dan jangkaan terhadap kadar faedah Fed.
  • MBSB Research jangka purata ringgit sekitar RM4.01 bagi 2026 dan kira-kira RM4.03 menjelang akhir tahun.
  • Prospek disokong pertumbuhan ekonomi domestik yang berdaya tahan serta potensi peningkatan aliran dana ke pasaran sedang pesat membangun.

Menurut MBSB Research, mata wang tempatan bergerak lebih stabil sekitar RM4.06 hingga RM4.08 pada separuh kedua bulan lalu, disokong keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi domestik yang kekal kukuh.

Pada awal September, ringgit diniagakan dalam julat RM4.03 hingga RM4.099, dengan pergerakannya terus dipengaruhi prestasi dolar AS serta jangkaan terhadap hala tuju kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed).

Bagi keseluruhan bulan, ringgit ditutup pada RM4.080 berbanding RM4.025 pada akhir Ogos, bersamaan penyusutan 1.4 peratus bulan ke bulan.

MBSB Research menjangkakan ringgit mencatat purata sekitar RM4.01 bagi 2026 sebelum berada pada kira-kira RM4.03 menjelang akhir tahun.

Prospek mata wang tempatan seterusnya dijangka terus disokong pertumbuhan ekonomi domestik yang berdaya tahan, selain potensi peningkatan aliran dana ke pasaran sedang pesat membangun.

Dalam pada itu, Indeks Ringgit Berwajaran Perdagangan MBSB susut 1.1 peratus kepada 98.20 pada September.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.