
BEIRUT, 2 Oktober – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bimbang konflik terbaharu antara Israel dan Hizbullah menjejaskan sektor pertanian di selatan Lubnan.
- Lebih 56,000 hektar atau 22 peratus kawasan pertanian Lubnan dilaporkan terjejas atau rosak.
- Petani kehilangan akses kepada tanah, pasaran terganggu dan bekalan asas termasuk baja terjejas.
- Ratusan ribu penduduk masih kehilangan tempat tinggal, terutama di selatan Lubnan walaupun keganasan berkurangan.
- Laporan menyatakan lebih 1.2 juta penduduk berdepan risiko kelaparan akut; empat dari lima isi rumah sukar mendapatkan keperluan asas.
Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Beth Bechdol berkata, kira kira 56,000 hektar tanah pertanian, atau lebih 22 peratus daripada keseluruhan kawasan pertanian Lubnan, dilaporkan terjejas atau rosak.
Konflik turut menyebabkan petani kehilangan akses kepada tanah pertanian, selain mengganggu pasaran dan bekalan keperluan asas termasuk baja.
Ratusan ribu penduduk masih kehilangan tempat tinggal, terutama di selatan Lubnan, meskipun keganasan berkurangan selepas gencatan senjata pada Jun lalu.
Bechdol turut bimbang mengenai pencemaran dan kerosakan tanah akibat bahan letupan yang belum meletup serta sisa operasi ketenteraan.
Sementara itu, laporan yang disokong PBB pada April menganggarkan lebih 1.2 juta penduduk Lubnan berdepan risiko kelaparan akut susulan kesan perang.
UNICEF pula berkata empat daripada lima isi rumah di Lebanon kini bergelut mendapatkan keperluan asas, ketika konflik memburukkan lagi krisis ekonomi negara itu.- AFP