29 September diisytihar Hari Ikhtisas Malaysia

Foto The Institution of Engineers, Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 September – Tanggal 29 September diisytiharkan sebagai Hari Ikhtisas Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap peranan golongan profesional dalam pembangunan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Profesional mesti menjadi pemangkin pembaharuan untuk memperkukuh produktiviti, kecekapan dan tatakelola.
  • Menghentikan amalan dan budaya meleset yang menyebabkan kerugian besar kepada negara.
  • Balai Ikhtisas diminta mengenal pasti pakar bagi menyertai jawatankuasa kerajaan dalam kesihatan, pendidikan dan IT.
  • Golongan profesional digesa memperkukuh integriti, keadilan dan perpaduan merentas kaum, agama serta wilayah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan profesional perlu menjadi pemangkin pembaharuan, khususnya dalam memperkukuh produktiviti, kecekapan dan tatakelola.

“Ketiga-tiganya mesti bergerak pantas sebagai satu pasukan menjamin peningkatan produktiviti dengan tahap kecekapan yang sangat baik, tetapi juga menjamin supaya amalan dan budaya yang meleset yang menyebabkan negara kerugian puluh bilion ringgit dihentikan,” katanya ketika berucap merasmikan PROFEX 2026 dan melancarkan Hari Ikhtisas Malaysia di sini, hari ini.

Beliau turut meminta Balai Ikhtisas Malaysia mengenal pasti pakar dalam pelbagai bidang untuk dilibatkan dalam jawatankuasa kerajaan, termasuk kesihatan, pendidikan dan teknologi maklumat.

“Saya minta jawatankuasa pimpinan Balai Ikhtisas ini menentukan supaya dalam tiap bidang, ada yang boleh dicalonkan sebagai ahli dalam beberapa jawatankuasa kesihatan, pendidikan, IT dan sebagainya supaya berikan sedikit khidmat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu memanfaatkan kepakaran golongan profesional kerana tiada pihak yang mempunyai kepakaran dalam semua bidang.

Perdana Menteri turut menggesa golongan profesional memperkukuh integriti, keadilan dan perpaduan merentas kaum, agama serta wilayah demi masa depan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.