AS akan dipaksa keluar dari Asia Barat – Mojtaba Khamenei

Mojtaba Khamenei / Foto AFP

TEHRAN, 29 September – Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei berkata Amerika Syarikat (AS) akan dipaksa meninggalkan Asia Barat selepas menerima apa yang disifatkannya sebagai “pukulan yang menyakitkan” daripada Tehran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenyataan kerajaan: selepas tamparan pejuang dan penjaga Selat Hormuz, musuh tidak berani mara melepasi Laut Arab.
  • Tidak lama lagi, Laut Arab akan bebas daripada kehadiran mereka.
  • Kenyataan menegaskan sebarang percubaan kemaraan lanjut hanya akan membawa kerugian kepada pihak lawan.
  • Selat Hormuz laluan maritim strategik; Tehran mengenakan sekatan, Washington membalas dengan menyekat pelabuhan Iran.

Kenyataan bertulis yang disiarkan televisyen kerajaan itu dibuat ketika usaha sedang dilakukan untuk menghidupkan semula rundingan bagi menamatkan pertempuran.

“Hari ini, selepas menerima tamparan hebat daripada para pejuang berani dan penjaga Selat Hormuz, mereka tidak berani mara melepasi Laut Arab.

“Tidak lama lagi, Laut Arab akan bebas daripada kehadiran mereka,” katanya.

Menurut Khamenei lagi, sebarang percubaan untuk meneruskan kemaraan hanya akan membawa kerugian kepada pihak lawan.

Laut Arab yang terbentang dari Semenanjung Arab ke arah India merupakan laluan maritim penting yang menghubungkan ke pesisir Iran dan Selat Hormuz.

Kedua-dua pihak saling bersaing untuk menguasai Selat Hormuz sejak perang di Asia Barat tercetus susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran pada penghujung Februari lalu.

Sebelum perang bermula, laluan perkapalan strategik itu mengendalikan kira-kira satu perlima perdagangan minyak dan gas dunia.

Tehran kemudian mengenakan sekatan ke atas Selat Hormuz, manakala Washington bertindak balas dengan menyekat pelabuhan Iran. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.