MLS: Gol Messi tidak cukup selamatkan Inter Miami daripada tewas

Foto AFP

MIAMI, 28 September – Gol penyamaan menerusi sepakan percuma oleh Lionel Messi gagal menyelamatkanInter Miami daripada tewas kepada Columbus Crew dalam aksi Major League Soccer (MLS), awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Columbus menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan selepas Rocco Rios Novo gagal memegang rembatan Brais Mendez, Jamal Thiare menyambar.
  • Messi hampir meletakkan Miami di hadapan pada minit 62 tetapi percubaan ditepis penjaga gol Patrick Schulte.
  • Kekalahan menyukarkan usaha Miami; kini 14 mata di belakang Nashville dengan tujuh perlawanan, Columbus kekal dalam persaingan playoff.

Messi menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi sepakan percuma melengkung selepas Josef Martinez meletakkan Columbus di depan menerusi sepakan penalti lima minit sebelum itu.

Namun, gol ke-21 Messi dalam saingan musim ini gagal membantu Miami apabila Columbus terus memberi tekanan dan berjaya mengawal tempo permainan untuk tempoh panjang.

Messi hampir meletakkan Miami di depan pada minit ke-62 selepas melakukan larian pantas sebelum percubaannya ditepis penjaga gol Columbus, Patrick Schulte.

Columbus turut mencipta beberapa peluang menerusi pemain baharu dari Maghribi, Anass Zaroury, yang dua kali terkena palang termasuk menerusi percubaan jarak jauh yang terkena palang.

Ketika perlawanan seolah-olah berakhir seri, Columbus menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Brais Mendez melepaskan rembatan lencong dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Miami, Rocco Rios Novo, sebelum pemain gantian Senegal, Jamal Thiare, pantas menyambar untuk memastikan kemenangan tuan rumah.

Kekalahan itu menyukarkan lagi usaha Miami mengejar pendahulu Persidangan Timur, Nashville, apabila kini ketinggalan 14 mata dengan berbaki tujuh perlawanan musim biasa.

Columbus pula kekal dalam persaingan merebut tempat ke playoff apabila berada di tangga ke-12 dengan 29 mata, hanya empat mata dipisahkan daripada kelompok layak ke pasca musim. – AFP.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.