SAR lelaki jatuh sungai di Mukah memasuki hari kedua

Foto BBP Mukah

MUKAH, 21 September- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Jambatan Igan, di sini, Sabtu lepas, memasuki hari kedua hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa, Saiful Bahri, 33, dipercayai terjatuh kira-kira 6.15 petang dari sebuah tongkang ketika bekerja; kejadian disedari rakan sekerja.
  • Pekerja melakukan pencarian awal menggunakan bot lebih sejam namun mangsa gagal ditemui.
  • Taklimat agensi diadakan jam 9.20 pagi sebelum operasi, kawasan pencarian diperluaskan radius lima kilometer dengan teknik permukaan air.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Saiful Bahri, 33, dipercayai terjatuh kira-kira 6.15 petang ketika menjalankan kerja di atas sebuah tongkang sebelum kejadian disedari rakan sekerjanya.

Usaha pencarian awal dilakukan pekerja di lokasi menggunakan bot selama lebih sejam, namun mangsa gagal ditemui.

Taklimat bersama agensi terlibat diadakan pada 9.20 pagi sebelum operasi pencarian dimulakan, manakala kawasan pencarian diperluaskan dalam radius lima kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh menggunakan teknik pencarian di permukaan air.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju lengan panjang berwarna hitam dan seluar jeans.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.