Sindiket tumpas, dadah bernilai RM18.2 juta dirampas

Antara dadah serta pelbagai barangan lain yang dirampas

JOHOR BAHRU, 16 Oktober – Satu sindiket dadah yang dipercayai beroperasi sejak Jun lalu tumpas selepas tiga suspek ditahan dalam serbuan di Johor pada 1 Oktober lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan dadah bernilai kira-kira RM18.2 juta termasuk MDMA serbuk dan cecair, cecair ganja, ekstasi, pil eramin 5 serta peralatan.
  • Modus operandi sindiket: rumah kedai dijadikan stor prekursor dan proses, rumah teres digunakan untuk pemprosesan sebelum edar.
  • Polis sedang giat mengesan anggota sindiket yang bebas termasuk ahli kimia; kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Hussein Omar Khan berkata serbuan di dua lokasi sekitar Seri Alam dan Johor Bahru Selatan itu membawa kepada rampasan dadah bernilai kira-kira RM18.2 juta.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek termasuk seorang wanita yang ditangkap berusia antara 17 hingga 22 tahun dan dua daripadanya positif Methamphetamine.

Polis merampas dadah jenis serbuk methylenedeioxy methamphetamine (MDMA) cecair MDMA, cecair ganja, serbuk ekstasidan pil eramin 5. Turut dirampas peralatan memproses dadah, forklift dan kereta.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjadikan rumah kedai sebagai stor penyimpanan prekursor dan proses dadah, manakala rumah teres dijadikan lokasi memproses dadah sebelum diedarkan ke pasaran”, katanya dalam sidang media.

Polis sedang giat mengesan anggota sindiket yang masih bebas, termasuk individu yang berperanan sebagai ahli kimia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.