
KUALA LUMPUR, 19 September – Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan secara berhati-hati minggu depan, dengan sentimen pelabur dipengaruhi perkembangan dasar monetari Amerika Syarikat, geopolitik Asia Barat serta pergerakan harga minyak.
- Keputusan Rizab Persekutuan mendorong semakan semula jangkaan terhadap hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat.
- Harga minyak yang tinggi dan ketidaktentuan geopolitik berpotensi mengekalkan jangkaan inflasi pada paras tinggi.
- Perubahan jangkaan kadar faedah AS mempengaruhi hasil bon global, pergerakan dolar dan aliran dana ke pasaran membangun; pelabur kekal selektif.
Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata, pasaran turut akan menilai semula jangkaan terhadap hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat susulan keputusan terbaharu Rizab Persekutuan, Fed.
Menurutnya, harga minyak yang kekal tinggi serta ketidaktentuan geopolitik berpotensi mengekalkan jangkaan inflasi pada paras tinggi.
Pada masa sama, perubahan jangkaan kadar faedah AS dijangka terus mempengaruhi hasil bon global, pergerakan dolar AS serta aliran dana ke pasaran sedang pesat membangun.
Justeru, pelabur dijangka kekal selektif dalam mengambil posisi sementara menunggu petunjuk baharu mengenai prospek ekonomi dan kadar faedah global.