
KUALA LUMPUR, 20 September – Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.06 dan RM4.09 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan pelabur memberi tumpuan kepada ucapan beberapa pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS.
- Ucapan pegawai Fed dijangka memberi petunjuk lanjut mengenai hala tuju dasar monetari dan kesan kenaikan harga minyak terhadap inflasi.
- Unjuran Fed terkini menunjukkan kemungkinan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada 2026.
- Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal diniagakan secara berhati-hati pada minggu hadapan.
- Secara minggu ke minggu, ringgit susut kepada RM4.0795 daripada RM4.0685.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata siri ucapan pegawai Fed itu dijangka memberi petunjuk lanjut mengenai hala tuju dasar monetari AS, termasuk kesan kenaikan harga minyak terhadap inflasi.
Menurutnya, unjuran terkini Fed turut menunjukkan kemungkinan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas lagi pada 2026.
“Sehubungan itu, ringgit dijangka kekal diniagakan berhati-hati dalam julat RM4.06 hingga RM4.09 berbanding dolar AS minggu depan,” katanya.
Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada RM4.0795 berbanding dolar AS daripada RM4.0685 pada minggu sebelumnya.