FCoEE salur 100 geran penyelidikan bernilai RM727,000

Foto RTM

KANGAR, 18 September – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus memperkukuh ekosistem penyelidikan di negeri Perlis menerusi penyaluran 100 geran penyelidikan bernilai RM727,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • 51 geran (Fasa 1 & 2, 2024 hingga 2025) bernilai RM357,000; 49 geran (Fasa 3, 2026 hingga 2027) bernilai RM370,000.
  • Geran termasuk Geran Penyelidikan Jangka Pendek, Geran Khas Flagship dan Geran Sempadan, menzahirkan komitmen FCoEE terhadap pembangunan pendidikan dan asnaf.
  • Penyelidikan memberi tumpuan kepada 13 tema berkaitan asnaf termasuk zakat, wakaf, AI, pendidikan digital, TVET, kemahiran keibubapaan dan pembangunan psikososial pelajar.

Menurut kenyataan Pengerusi Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin, Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin, sebanyak 51 Geran Penyelidikan bernilai RM357,000 telah disalurkan bagi fasa 1 dan fasa 2 untuk tempoh 2024 hingga 2025.

Manakala 49 lagi geran penyelidikan tambahan bernilai RM370,000 disalurkan menerusi Fasa 3 untuk tempoh 2026 hingga 2027.

“Geran yang disalurkan merangkumi Geran Penyelidikan Jangka Pendek (STG), Geran Khas Flagship FCoEE dan Geran Sempadan yang mencerminkan komitmen FCoEE untuk menjadikan penyelidikan sebagai pemacu pembangunan pendidikan, pemerkasaan asnaf dan pembangunan modal insan.

“Tumpuan utama penyelidikan melibatkan 13 tema utama berkaitan asnaf, antaranya Pengurusan Zakat dan Wakaf, AI dan Digital, Pendidikan Digital dan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Kemahiran Keibubapaan dan Pencapaian Akademik serta Pembangunan Psikososial Pelajar, katanya,” katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan.

Setiap penyelidikan yang dilaksanakan berupaya untuk menghasilkan data berkualiti yang boleh dijadikan rujukan utama selari dengan pelan strategik FCoEE 2026 hingga 2030.

Sehingga kini, penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPGM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis telah berjaya melaksanakan penyelidikan masing-masing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.