Bangunan runtuh : 21 terkorban termasuk kanak-kanak dan wanita

Operasi mencari berdepan kesukaran berikutan kekurangan peralatan serta jentera berat/Foto AFP

GAZA CITY, 17 September – Sekurang-kurangnya 21 individu terkorban termasuk 12 kanak-kanak dan lima wanita, selepas sebuah bangunan kediaman enam tingkat runtuh, di kawasan Tal al-Hawa, di sini, pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi mencari giat namun berdepan kekurangan peralatan serta jentera berat.
  • Puluhan individu dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan dan pasukan menyelamat mencari.
  • 45 mangsa cedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
  • Bangunan pernah diserang beberapa kali pada 2024 dan Mac 2025, penduduk diberi amaran namun kembali.

Agensi Pertahanan Awam Gaza memaklumkan puluhan individu yang lain, dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan dan pasukan penyelamat giat melaksanakan operasi mencari yang berdepan kesukaran berikutan kekurangan peralatan serta jentera berat.

“Walaupun berdepan kesukaran, namun operasi yang telah dilaksana selama beberapa jam berjaya mengeluarkan 21 mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.

“45 mangsa lain yang cedera telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,”menurut jurucakap, Mahmoud Bassal.

Beliau turut memaklumkan bangunan itu telah diserang Israel beberapa kali pada 2024 dan pada Mac 2025.

“Penduduk telah diberi amaran untuk tidak kembali ke bangunan berkenaan, namun mereka tiada pilihan lain, walaupun berdepan risiko bangunan runtuh,”jelasnya.

Rakaman AFP pada Rabu menunjukkan bangunan berkenaan runtuh sepenuhnya dan pasukan penyelamat serta sukarelawan bertungkus-lumus mencari mangsa di bawah runtuhan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.