Kemalangan dua lori: Dua lelaki maut, seorang cedera tersepit

Foto JBPM Perak

IPOH, 16 September- Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedua-dua lori membawa muatan habuk kayu dan sayur, kejadian kira-kira 8.36 malam.
  • Seorang lelaki (42) tersepit, dikeluarkan anggota bomba dan dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan.
  • Mayat dua lelaki, masing-masing berusia 40 dan 35 tahun, diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
  • Bomba membersihkan sisa kemalangan dan tumpahan minyak di permukaan jalan bagi keselamatan pengguna.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kedua-dua lori berkenaan masing-masing membawa muatan habuk kayu dan sayur dalam kejadian kira-kira 8.36 malam itu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera, lelaki berusia 42 tahun, tersepit di dalam lori sebelum dikeluarkan anggota bomba.

“Mangsa kemudian dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Ipoh untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua mangsa yang maut masing-masing lelaki berusia 40 dan 35 tahun, diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sabarodzi berkata bomba turut membersihkan sisa kemalangan dan tumpahan minyak di permukaan jalan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.