KPDN sita lori, 2,400 liter diesel disyaki diseleweng

Dua lelaki berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan

KULAI, 15 September – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyita sebuah lori bersama 2,400 liter minyak diesel bernilai RM60,660 yang disyaki diseleweng dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Seelong, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lori diubah suai dilengkapi tangki simpanan dan peralatan khas disyaki digunakan untuk menyeleweng diesel.
  • Dua lelaki berusia 30-an ditahan untuk membantu siasatan.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961, pengusaha disyaki langgar Subperaturan 12(a) Peraturan 1974.

Hasil serbuan kira-kira pukul 2 petang itu mendapati, lori berkenaan telah diubah suai dan dilengkapi tangki simpanan serta peralatan khas dipercayai bagi tujuan menyeleweng diesel.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, semakan dokumen dan pemeriksaan lanjut turut mendapati pengusaha stesen minyak terbabit disyaki melakukan kesalahan bawah Subperaturan 12(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana gagal mematuhi arahan Pengawal Bekalan.

“Dua lelaki masing-masing berusia 30-an yang berada di dalam lori berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.