Op Samseng Jalanan: 222 saman dikeluarkan, 99 motosikal disita

Operasi Samseng Jalanan di Jalan Tun Salahuddin, Kuching

KUCHING, 14 September – Sebanyak 222 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Tun Salahuddin, Kuching.

RINGKASAN BERITA AI
  • 99 motosikal disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Seorang remaja lelaki 17 tahun ditahan; sebuah motosikal dirampas kerana nombor pendaftaran palsu.
  • Seramai 208 individu dan 187 buah kenderaan diperiksa sepanjang operasi.
  • Operasi melibatkan 34 anggota polis, bermula 8.30 malam Sabtu hingga 6.00 pagi bagi membanteras samseng jalanan dan memastikan pematuhan undang-undang.

Manakala, 99 buah motosikal turut disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan berkata, seorang remaja lelaki tempatan berumur 17 tahun ditahan dan sebuah motosikal dirampas kerana disyaki melakukan kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kenderaan.

Sepanjang operasi dijalankan, seramai 208 individu dan 187 buah kenderaan telah diperiksa.

Operasi yang melibatkan 34 anggota dan pegawai polis, bermula pukul 8.30 malam pada Sabtu dan berakhir 6.00 pagi semalam bagi membanteras aktiviti samseng jalanan sekali gus memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.