
RANTAU PANJANG, 11 September – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Golok di Kampung Pengkalan Pasir, Rantau Panjang, pagi tadi.
- Panggilan mengenai kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang daripada Pasukan Gerakan Am pada pukul 6.27 pagi.
- Sepasukan anggota BBP Rantau Panjang bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender dikejarkan ke lokasi.
- Operasi mencari dan memantau dilakukan di permukaan air sambil menunggu bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air.
- Identiti serta kewarganegaraan mangsa masih belum diketahui dan operasi mencari serta menyelamat masih dijalankan.
Panggilan mengenai kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang daripada pihak Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 6.27 pagi.
Menurut Komander Operasi, PBK II Zulhafizi Fauzi, sepasukan anggota dari BBP Rantau Panjang bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira empat minit kemudian.
“Operasi mencari dan memantau dilakukan di permukaan air sementara menunggu bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ke lokasi.
“Identiti serta kewarganegaraan mangsa masih belum diketahui.
“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,”katanya menerusi kenyataan.