
LENGGONG, 11 September – Sebuah Klinik Desa dan kuarters di Kampung Sumpitan, Lenggong terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
- Bangunan kelas B terbakar kira-kira 90 peratus; sebuah kereta terbakar kira-kira 5 peratus.
- Kejadian tidak melibatkan mangsa.
- Operasi pemadaman dikawal pada 4.50 pagi, ditamatkan 6.24 pagi; 13 anggota JBPM, bantuan 5 PDRM dan 2 TNB.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kebakaran membabitkan sebuah bangunan kelas B berkeluasan 40 kali 60 kaki yang digunakan sebagai klinik dan kuarters.
“Bangunan berkenaan terbakar kira-kira 90 peratus, manakala sebuah kereta turut terbakar kira-kira lima peratus,” katanya.
Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan mangsa.
Sabarodzi berkata, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos bantu mula serta satu aliran 200 kaki dengan dua pancutan, menggunakan sumber air daripada jentera dan sumber air terbuka.
“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.50 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6.24 pagi,” katanya.
Seramai 13 anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong dan BBP Batu Kurau terlibat dalam operasi berkenaan, dengan bantuan lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB).