Serangan terbaharu Zionis ke atas Gaza ragut nyawa empat sekeluarga

Zerangan rejim Zioins ke atas Khan Yunis, Selatan Gaza/ AFP

GAZA, 10 September – Serangan terbaharu rejim Zionis Israel di sini pada Khamis mengorbankan empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak, menurut sumber hospital dan keselamatan Palestin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan udara serentak di Beit Lahia dan kem pelarian Jabalia selepas tengah malam, menurut sumber keselamatan Gaza.
  • Pasukan Israel melepaskan tembakan ke arah khemah penduduk yang dipindahkan serta ambulans, kata sumber.
  • Sejak gencatan senjata Okt 2025, rejim terus mara dan Kementerian Kesihatan Gaza lapor lebih 1,300 terkorban.

Seorang pegawai Hospital Al-Shifa di Gaza berkata, mayat empat anggota keluarga Ahmad ditemukan dalam keadaan hancur selepas serangan Israel disasarkan ke atas sebuah rumah di kawasan Projek Beit Lahia, utara Gaza.

Dua kanak-kanak yang maut dalam kejadian itu masing-masing berusia 12 dan lapan tahun.

Sumber keselamatan Palestin di Gaza yang ditadbir Hamas berkata, pesawat rejim Zionis melancarkan serangan selepas tengah malam di Beit Lahia dan secara berasingan di tengah-tengah kem pelarian Jabalia.

Pasukan Israel turut melepaskan tembakan ke arah khemah penduduk yang dipindahkan serta ambulans. “Israel terus melakukan pelanggaran di Gaza,” kata sumber keselamatan itu.

Pada Oktober 2025, Israel bersetuju dengan gencatan senjata yang dipengerusikan Amerika Syarikat (AS), namun sejak itu rejim Zionis terus mara lebih jauh ke wilayah Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas, serangan Israel mengorbankan lebih 1,300 orang sejak gencatan senjata diumumkan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.