El-Nino : Perak perkukuh kesiapsiagaan, langkah awal diambil

Kerajaan negeri melalui agensi berkaitan kini memperkemas persediaan menghadapi kemungkinan kemerosotan sumber air

IPOH, 9 September – Kerajaan Negeri Perak memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan krisis air susulan fenomena Super El-Nino yang dijangka berterusan hingga awal tahun depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah awal diambil untuk memastikan keperluan rakyat terjamin sekiranya keadaan panas dan kering berlanjutan.
  • Keadaan cuaca boleh menjejaskan bekalan air, sektor pertanian dan kesihatan awam.
  • Pusat Kawalan Operasi Bencana akan diaktifkan untuk koordinasi logistik dan pengagihan bekalan air kecemasan.
  • Pemantauan amaran awal diintegrasikan dengan kempen kesedaran awam dan pengenalpastian sumber air alternatif di kawasan berisiko.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika memaklumkan perkara itu berkata, langkah awal diambil bertujuan memastikan keperluan rakyat terus terjamin sekiranya keadaan panas dan kering berlarutan.

“Keadaan cuaca berkenaan berpotensi memberi kesan terhadap bekalan air selain sektor pertanian dan kesihatan awam.

“Sekiranya terdapat keperluan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan diaktifkan bagi membolehkan koordinasi logistik dan pengagihan bekalan air kecemasan dilaksanakan secara pantas.

“Selain itu, pemantauan amaran awal secara terus diintegrasikan bersama kempen kesedaran awam di pelbagai saluran media bertujuan meminumkan risiko kesihatan serta memastikan tindakan intervensi dapat dilaksanakan serta merta,”katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke 15, di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan negeri melalui agensi berkaitan kini memperkemas persediaan menghadapi kemungkinan kemerosotan sumber air termasuk mengenal pasti sumber alternatif di lokasi berisiko.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.