
TELUK INTAN, 5 September – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler tanpa muatan di Simpang Batu 11, di sini, tengah hari tadi.
- Mangsa Mohd Firdaus Hassan, 39, tersepit di bahagian pemandu selepas kenderaan bertembung dengan lori treler.
- Penolong Pengarah JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad mengeluarkan kenyataan mengenai operasi.
- Pasukan BBP Bidor terima panggilan kecemasan 1.34 petang dan tiba di lokasi 1.53 petang.
- Anggota bomba guna peralatan hidraulik keluarkan mangsa, KKM mengesahkan kematian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Mohd
Firdaus Hassan, 39 tahun, didapati tersepit di bahagian pemandu selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan lori treler terbabit.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.34 petang dan tiba di lokasi pada 1.53 petang.
“Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan itu.
Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.