AFFIN Group rakan perbankan rasmi Selangor FC

Dr Johan Kamal Hamidon

KUALA LUMPUR, 4 September – AFFIN Group mengukuhkan lagi penglibatan dalam arena sukan tanah air menerusi jalinan kerjasama sebagai rakan perbankan rasmi Selangor FC.​

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama strategik menyasarkan memperkasakan pembangunan sukan, belia dan komuniti serta memacu aktiviti ekonomi tempatan.
  • Majlis tandatangan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Group Wan Razly Abdullah Wan Ali dan Raja Muda Tengku Amir Shah.
  • Kad Debit AFFIN Selangor Visa dilancarkan dengan rekaan helang laut dada putih sebagai simbol kekuatan dan aspirasi rakyat Selangor.
  • Dr Johan menawarkan diri bertanding jawatan FAS untuk melaksanakan model pengurusan mampan di Selangor FC.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menyifatkan kerjasama strategik itu dalam usaha memperkasakan lagi pembangunan sukan, belia, serta komuniti khususnya di Selangor, selain memacu aktiviti ekonomi tempatan.​

“Kerjasama ini memberi manfaat kepada Selangor FC dan Affin Bank. Kami berkongsi kepakaran dan saling memberi sokongan, selain menghargai kepercayaan pihak swasta dalam menggunakan platform bola sepak untuk mengembangkan nilai serta aktiviti yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kami percaya, menerusi kerjasama erat bersama Affin Bank, banyak manfaat dapat dibawa kepada kedua-dua pihak, khususnya Selangor FC dan Affin Bank,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penandatanganan dan sesi pertukaran dokumen antara pihak pengurusan AFFIN Group Wan Razly Abdullah Wan Ali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Selangor FC yang turut disaksikan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagi merayakan jalinan kerjasama itu, Kad Debit AFFIN Selangor Visa dilancarkan khas dengan rekaan berinspirasikan burung helang laut dada putih sebagai simbol kekuatan dan aspirasi rakyat Selangor.​

Kad tersebut menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk pengecualian yuran tahunan seumur hidup serta pengeluaran MEPS percuma khusus buat komuniti yang lahir, menetap, belajar, atau bekerja di Selangor.​

​Ketika mengulas pencalonan bagi jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr. Johan menyifatkan ia sebagai satu kepercayaan dan hasrat untuk menterjemahkan model pengurusan mampan yang telah diterapkan di Selangor FC.​

“Ini kali pertama saya menawarkan diri untuk bertanding dan diberi kepercayaan ahli-ahli gabungan di Selangor FC,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.