Kejadian Pantai Tanjung Lompat : Mayat Muhammad Thaqif Rayyan ditemukan, dua masih hilang

Identiti mangsa disahkan keluarga dan mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat

KOTA TINGGI, 3 September – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat, menemukan seorang daripada tiga remaja, tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat Muhammad Thaqif Rayyan, 16, dikenal pasti keluarga dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
  • Dua lagi remaja masih hilang: Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Mohamad Haiman Fitri Supian.
  • Operasi SAR melibatkan 41 anggota, penggunaan dua unit dron dan radius pencarian tujuh batu nautika dari barat laut pantai.
  • Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat (MRSC) berkoordinasi dengan pihak berkuasa negara jiran berkemungkinan mangsa dihanyutkan ke perairan luar.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam memaklumkan mayat Muhammad Thaqif Rayyan Romainoor, 16 tahun ditemukan kira-kira pukul 1.50 tengah hari.

“Mayat mangsa dibawa ke pesisir pantai dan pengecaman keluarga mengesahkan identiti mangsa. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat,”katanya.

Beliau turut memaklumkan SAR giat diteruskan bagi mencari Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Mohamad Haiman Fitri Supian, masing-masing berusia 16 tahun melibatkan radius pencarian seluas tujuh batu nautika dari barat laut pantai.

“Operasi melibatkan 41 anggota melibatkan pelbagai agensi dengan melibatkan penggunaan dua unit dron.

“Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat (MRSC) juga turut berkoordinasi dengan pihak berkuasa negara jiran sekiranya terdapat kemungkinan mangsa dihanyutkan ke perairan luar,”katanya lagi.

Dalam kejadian semalam, enam remaja dilaporkan lemas ketika mandi di pantai tersebut dengan dua berjaya diselamatkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.