
KLEBANG, 3 September – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang dikhuatiri lemas di Pantai Klebang, semalam diteruskan dengan tumpuan operasi di kawasan perairan dan permukaan laut.
RINGKASAN BERITA AI
- Operasi disambung pagi ini melibatkan PDRM, JBPM dan APMM.
- Peluasan operasi diharap membolehkan mangsa ditemukan secepat mungkin, kata ACP Halim Abas.
- Mangsa dilaporkan hilang sekitar jam 3 petang semasa mandi bersama seorang rakan.
- Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan laut berisiko.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Halim Abas memaklumkan, operasi yang disambung semula pagi tadi melibatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
“Kami mengharapkan dengan peluasan operasi membolehkan mangsa ditemukan seberapa segera,”katanya.
Mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 3 petang ketika mandi bersama seorang lagi rakannya.
Pihak berkuasa turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menghampiri kawasan laut yang berisiko.