KL City curi kemenangan, Perak FA tewas 0-1

Foto MFL

IPOH, 1 September – Perak FA gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas tipis 0-1 kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) pada aksi pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Babak pertama seimbang, kedua pasukan saling mengasak dan mencipta peluang, pertahanan kedua-dua pihak kekal ketat tanpa jaringan.
  • Pengendali Perak Noor Zaidi Rohmat melakukan beberapa pertukaran taktikal pada babak kedua untuk memperkemas jentera serangan dan memecah kebuntuan.
  • KL City memperoleh sepakan penalti pada minit ke-86 selepas insiden dalam kotak penalti.
  • Paulo Josue menyempurnakan penalti itu, memberi kelebihan kepada KL City menjelang aksi timbal balik di Cheras pada 9 September.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang pada babak pertama dengan saling mengasak dan mencipta beberapa peluang, namun ketangkasan benteng pertahanan masing-masing memastikan kedudukan kekal tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, pengendali Perak, Noor Zaidi Rohmat, melakukan beberapa pertukaran taktikal dengan memasukkan pemain simpanan bagi memperkemas jentera serangan dalam usaha memecah kebuntuan.

Namun, usaha tersebut tidak membuahkan hasil apabila KL City memperoleh sepakan penalti pada minit ke-86.

Paulo Josue tenang menyempurnakan sepakan penalti berkenaan untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada pasukan pelawat, sekali gus meletakkan KL City dalam kelebihan menjelang aksi timbal balik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, 9 September ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.