JPPH Perlis lestari kawasan Bukit Ayer

Foto JPPH Perlis

KANGAR, 21 Oktober – Seramai 50 kakitangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perlis menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertempat di Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Perlis, pagi semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif CSR memperkukuh semangat kerja berpasukan dan meningkatkan kesedaran kelestarian alam sekitar.
  • Program menyumbang tenaga untuk pemeliharaan kawasan rekreasi demi manfaat masyarakat setempat.
  • Menjaga kebersihan dan keindahan tempat tumpuan pelancong untuk menarik minat pelancong tempatan dan luar negara.
  • Aktiviti utama fokus pada gotong-royong serta pembersihan kawasan sekitar.

Menurut kenyataan Pengarah JPPH Perlis, Azizierul Ramli, inisiatif pelaksanaan program bersama kakitangan bagi memperkukuh semangat kerja berpasukan selain meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Selain itu, usaha ini juga bagi menyumbang tenaga dalam usaha pemeliharaan kawasan rekreasi untuk manfaat masyarakat setempat berikutan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong.

‘’Dengan mengekalkan kebersihan dan keindahan tempat-tempat tumpuan pelancong, sekaligus akan menarik minat dan perhatian pelancong tempatan dan luar negara untuk datang melawat ke Perlis khususnya sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2026 ini,’’ katanya dalam kenyataan.

Aktiviti utama yang dijalankan pada hari ini memfokuskan kepada program gotong-royong dan pembersihan kawasan sekitar Taman Eko Rimba Bukit Ayer.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.