
KOTA KINABALU, 30 Ogos – Tiga kanak-kanak rentung dalam kebakaran membabitkan rumah setinggan atas air di Kampung Lok Buta, awal pagi tadi.
- Mangsa: Mohd Asrul Abdullah (6), Nana Abdullah (4) dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah (8).
- JBPM terima panggilan kecemasan pada 1.40 pagi; jentera tiba di lokasi pada 1.54 pagi.
- Seramai 55 anggota bomba digerakkan dari BBP Kota Kinabalu, Lintas, Penampang, Tuaran dan Ibu Pejabat JBPM Sabah.
- Anggaran awal 202 buah rumah terjejas; kebakaran dikawal pada 4.30 pagi; pemadaman dan overhaul masih dijalankan.
Ketiga-tiga mangsa ialah Mohd Asrul Abdullah, enam tahun; Nana Abdullah, empat tahun; dan Nurfarahdilah Mohd Tajihah, lapan tahun.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.40 pagi, sebelum jentera tiba di lokasi pada 1.54 pagi.
Seramai 55 anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Tuaran serta Ibu Pejabat JBPM Sabah digerakkan ke lokasi kejadian
Kebakaran dipercayai melibatkan kawasan penempatan tidak kekal dengan anggaran awal 202 buah rumah terjejas.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.30 pagi dan kerja-kerja pemadaman serta overhaul masih dijalankan.
Status sebenar jumlah rumah yang terlibat masih dalam proses pengesahan.