Jerebu: Serian, Sri Aman catat kualiti udara sangat tidak sihat

Keadaan jerebu di Serian setakat pukul 3.00 petang tadi. / Foto RTM

KUCHING, 29 Ogos – Dua kawasan di Sarawak merekodkan kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat, setakat pukul 3.00 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemas kini APIMS di portal Jabatan Alam Sekitar memaparkan bacaan IPU beberapa lokasi di Sarawak.
  • Sri Aman merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 228.
  • Serian merekodkan bacaan IPU 223.
  • Catatan lain: Sarikei 194, Samarahan 182, Kuching 179, Mukah 170, Sibu 166, Bintulu dan Kapit 156, Samalaju 129.

Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) di portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 228, diikuti Serian dengan 223.

“Sarikei merekodkan bacaan IPU 194, Samarahan (182), Kuching (179), Mukah (170) dan Sibu (166).

“Bintulu dan Kapit masing-masing merekodkan bacaan 156, manakala Samalaju mencatat bacaan 129,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.