Tuduhan terlibat kongsi gelap tidak berasas, berniat jahat

Foto BERNAMA

KULAI, 28 Ogos – Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menafikan tuduhan yang tular di media sosial mengaitkan dirinya dalam aktiviti kongsi gelap di negeri ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tuduhan itu tidak berasas dan berniat jahat.
  • Bergambar atau bertemu individu tertentu bukan bukti penglibatan kongsi gelap.
  • Akaun media sosial baru menularkan dakwaan; beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya semasa Kempen Internet Selamat.

Beliau secara tegas menyifatkan tuduhan terbabit adalah tidak berasas dan berniat jahat.

“Itu tuduhan tidak berasas. Saya sudah berkecimpung dalam politik selama 18 tahun dan 13 tahun sebagai Ahli Parlimen. Mungkin saya pernah berjumpa individu tertentu sekali atau dua kali termasuk bergambar.

“Namun, kalau nak tuduh saya terlibat dalam aktiviti kongsi gelap hanya kerana saya pernah bergambar dengan individu tertentu, saya rasa itu adalah aktiviti sosial yang biasa. Nak kata saya pemimpin utama dalam syarikat kongsi gelap, ini tuduhan jahat,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, akaun media sosial yang menularkan tuduhan itu baharu diwujudkan untuk melemparkan dakwaan terhadap dirinya.

Justeru, Nie Ching menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat tersebar di media sosial tanpa sebarang semakan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Internet Selamat di Hutan
Bandar di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.