Kes Saravanan: Beri ruang kepada proses undang-undang – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, setakat ini beliau belum menerima surat tersebut./ RTM

SEBERANG JAYA, 28 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata surat bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berhubung kes yang sedang dihadapinya akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak berkuasa berkaitan untuk penelitian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menegaskan beri ruang kepada siasatan dan pendakwaan; jangan buat kenyataan sehingga mahkamah membuat keputusan.
  • M Saravanan menyifatkan pertuduhan menerima suapan RM1.097 juta sebagai tuduhan liar.
  • Beliau menulis surat kepada Perdana Menteri memohon bantuan meneliti dan mempercepatkan kes, tanpa minta campur tangan SPRM.
  • Ahli Parlimen Tapah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan kelulusan kuota pekerja asing.

Bagaimanapun beliau memaklumkan, setakat ini beliau masih belum menerima surat berkenaan.

“Saya akan rujuk kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara untuk mereka teliti. Kita mesti beri ruang kepada siasatan diteruskan, begitu juga pendakwaan dan prosesnya, dan jangan membuat sebarang kenyataan kerana perkara itu belum pasti sehingga diputuskan oleh mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sembilang, di sini, hari ini.

Datuk Seri M Saravanan sebelum ini menyifatkan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta sebagai satu tuduhan liar.

Beliau juga dilaporkan telah menulis surat kepada Datuk Seri Anwar bagi memohon bantuan untuk meneliti serta mempercepatkan kes berkenaan, sambil menegaskan beliau tidak meminta Perdana Menteri campur tangan dalam urusan SPRM.

Terdahulu pagi tadi, Ahli Parlimen Tapah itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM1.097 juta berkaitan kelulusan kuota pekerja asing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.