Tujuh mayat hanyut dari sungai Nepal ditemukan di India

Foto AFP

LUCKNOW, 28 Ogos – Pihak berkuasa India menemukan tujuh mayat di sungai yang mengalir dari Nepal dipercayai merupakan korban banjir dahsyat yang melanda negara jiran itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa berusaha mengenalpasti identiti mayat yang ditemui.
  • Mayat ditemui terapung di sungai sekitar daerah Maharajganj dan Kushinagar, Uttar Pradesh.
  • Pegawai percaya mangsa dihanyutkan dari kawasan banjir kilat di Nepal.
  • Jumlah korban serantau: sekurang-kurangnya 472 maut dan lebih 1,400 hilang; mayat di India belum dimasukkan angka rasmi.

Pihak berkuasa sedang berusaha mengenalpasti identiti kesemua mayat tersebut.

Menurut pegawai pada Jumaat, semua mayat ditemukan terapung di sungai sekitar daerah Maharajganj dan Kushinagar dalam negeri Uttar Pradesh, yang bersempadan dengan wilayah Chitwan di selatan Nepal yang terjejas teruk akibat banjir.

“Empat mayat tanpa identiti ditemukan di daerah ini pada Khamis,” kata Majistret Daerah Maharajganj, Gaurav Singh Sogarwal.

“Kami percaya mereka telah dihanyutkan ke India dari Nepal berikutan kejadian banjir kilat di sana,” ujarnya lagi.

Tiga lagi mayat ditemukan di daerah Kushinagar, kira-kira 70 kilometer di hilir sungai dari sempadan, menurut pengesahan seorang pegawai polis.

Setakat ini angka korban semasa, sekurang-kurangnya 472 orang disahkan terkorban akibat banjir berkenaan termasuk 469 mayat yang ditemukan di Nepal dan tiga di China.

Sekurang-kurangnya lebih 1,400 orang lagi masih dilaporkan hilang.

Tujuh mayat yang ditemui di India ini belum dimasukkan ke dalam jumlah rasmi angka korban tersebut.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.