Lebih 700 pusat scam di Kemboja diserbu, dalang babitkan pegawai kerajaan diberkas

Foto Fail REUTERS

PHNOM PENH, 28 Ogos – Kerajaan Kemboja menutup lebih 700 pusat penipuan dalam talian menerusi operasi pembanterasan besar-besaran sepanjang tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hampir 30,000 suspek ditahan, termasuk 15 pegawai berpangkat tinggi dan anggota penguat kuasa.
  • 58,266 warga asing diusir dalam tempoh 12 bulan lalu.
  • Sindiket menipu global melalui skim pelaburan kripto dan hubungan cinta palsu, menggunakan pekerja sukarela dan mangsa pemerdagangan manusia.
  • Lebih 3,400 suspek dari 29 kewarganegaraan ditahan sementara menunggu perbicaraan; sindiket kini beroperasi secara kecil dan terpencil.

Kenyataan rasmi kerajaan pada Jumaat memaklumkan hampir 30,000 suspek ditahan termasuk pegawai kanan kerajaan.

Manakala seramai 58,266 warga asing diusir sepanjang tempoh 12 bulan lalu.

Kemboja sebelum ini menjadi pusat kegiatan sindiket jenayah yang menjalankan skim pelaburan mata wang kripto dan hubungan cinta palsu.

Sindiket berkenaan menipu pengguna internet di seluruh dunia menggunakan tenaga kerja yang direkrut secara sukarela mahupun mangsa pemerdagangan manusia.

Hasil tekanan berterusan daripada beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan China, pihak berkuasa Kemboja kini meningkatkan tindakan tegas bagi membanteras industri haram tersebut.

Daripada jumlah suspek yang ditahan, 15 daripadanya merupakan pegawai berpangkat tinggi dan anggota penguat kuasa undang-undang.

Lebih 3,400 suspek daripada 29 kewarganegaraan termasuk warga China, Vietnam, Australia, Perancis, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand kini berada dalam tahanan sementara menunggu perbicaraan.

“Walaupun tapak berskala besar telah dibersihkan sepenuhnya, kumpulan penjenayah kini mengubah taktik kepada aktiviti berskala kecil secara terpencil dengan bersembunyi di rumah tumpangan, kondominium, rumah sewa, kenderaan dan kedai kopi,” menurut kenyataan itu lagi.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.