
MARAN, 27 Ogos – Sebanyak tujuh rumah di Felda Jengka 7, Felda Jengka 5 dan Felda Bukit Tajau di Maran, Pahang mengalami kerosakan susulan kejadian ribut yang berlaku, kelmarin.
- Enam rumah rosak akibat angin kencang, sebuah lagi dihempap pokok.
- Kerosakan melibatkan struktur, atap termasuk zink serta papan dinding yang tercabut.
- Penduduk tidak berpindah, tiada PPS dibuka; APM memantau, operasi pembersihan dan bantuan diselaras agensi berkaitan.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Maran hari ini, enam rumah mengalami kerosakan akibat tiupan angin kencang, manakala sebuah lagi rosak selepas dihempap pokok.
Kerosakan yang dilaporkan antaranya membabitkan struktur dan atap bumbung rumah,termasuk atap zink serta papan dinding yang tercabut.
Kesemua penduduk terjejas tidak berpindah dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Maran telah ke lokasi bagi memantau keadaan serta mendapatkan maklumat berkaitan kerosakan yang berlaku.
Operasi pembersihan pokok tumbang turut dilaksanakan oleh jabatan dan agensi berkaitan, manakala bantuan kepada penduduk terjejas diselaras bersama agensi berkaitan.