Wanita maut, kereta dipercayai rempuh belakang lori batu

Foto BBP Niah

MIRI, 15 Oktober- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan batu di Jalan Pan Borneo, Niah, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa, Kimberly Clarissa Reene Anding, 24, disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi kejadian.
  • Bomba terima panggilan kecemasan pada pukul 7.00 pagi dan tiba di lokasi pada 7.42 pagi.
  • Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu; bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan sebelum menyerahkannya kepada polis.

Mangsa, Kimberly Clarissa Reene Anding, 24, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.00 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah tiba di lokasi pada pukul 7.42 pagi.

Sebaik tiba, bomba mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kereta sedan yang berada di lorong kanan laluan dari arah Bintulu menghala ke Miri.

Mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu, manakala lori yang dipercayai terlibat dalam kemalangan itu tiada di lokasi kejadian ketika pasukan bomba tiba.

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan sebelum menyerahkannya kepada polis.

Bomba kemudian menjalankan kerja pembersihan jalan selepas kereta mangsa dialihkan menggunakan lori tunda.

Operasi itu melibatkan lima anggota bersama sebuah jentera dari BBP Batu Niah dengan bantuan polis dan KKM.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.