Kolaborasi kerajaan-korporat semarak semangat kebersamaan Hari Kebangsaan


Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Komunikasi, Harun Ali / Foto RTM

ANGKASAPURI, 23 Ogos – Kolaborasi antara sektor awam dan korporat sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 menyerlahkan keutuhan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi meraikan hari bersejarah negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama diwujudkan melalui pelbagai bentuk sokongan dan sumbangan daripada sektor awam dan korporat.
  • Sebanyak 30 peratus sumbangan disediakan dalam bentuk barangan seperti makanan, minuman dan cenderamata untuk diagihkan.
  • Barangan akan diagihkan melalui tapak rakan strategik sempena Festival Ambang Merdeka (Dataran Merdeka, 30 Ogos) dan Sambutan Hari Kebangsaan (Dataran Putrajaya, 31 Ogos).

Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Komunikasi, Harun Ali berkata, Kerjasama itu diterjemahkan menerusi pelbagai bentuk sokongan dan sumbangan.

Jelas beliau, sebanyak 30 peratus daripada sumbangan sektor berkenaan disediakan dalam bentuk barangan untuk diagihkan kepada pengunjung.

“Sumbangan ini berupa barangan seperti makanan, minuman dan cenderamata.

“Kita dapat lihat ia penzahiran rasa penghargaan daripada syarikat-syarikat tersebut kepada rakyat,” katanya kepada RTM.

Barangan berkenaan akan diagih menerusi tapak rakan strategik sempena Festival Ambang Merdeka 2026 pada 30 Ogos di Dataran Merdeka serta Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.