Penunggang motosikal maut rempuh lori di Kulai

Foto IPD Kulai

KULAI, 22 Ogos – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah lori di Jalan Sungai Tiram, Kulai, Johor, kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa lelaki berusia 25 tahun.
  • Lori dipandu lelaki berusia 49 tahun dari Ulu Tebrau.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata, mangsa melibatkan lelaki berusia 25 tahun.

Ketika kejadian, lori yang dipandu lelaki berusia 49 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Ulu Tebrau.

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan lori berkenaan sebelum berlaku pelanggaran.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.