ASEAN perlu perkukuh perdagangan sesama negara anggota

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – ASEAN perlu memperkukuh perdagangan sesama negara anggota bagi meningkatkan integrasi ekonomi serantau, di samping mengurangkan kebergantungan terhadap pasaran utama di luar blok berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kurangkan halangan tarif dan bukan tarif untuk memudahkan sektor swasta kembangkan operasi merentas negara anggota.
  • Tingkatkan perdagangan intra-ASEAN bagi memperkukuh rantaian bekalan serantau dan meningkatkan daya tahan terhadap gangguan luaran.
  • Manfaatkan kekuatan ekonomi setiap anggota dan kurangkan kebergantungan terhadap pasaran utama luar seperti AS, EU dan China.

Pengarah, Institut Kajian Antarabangsa dan ASEAN, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Dr. Phar Kim Beng berkata, walaupun hampir 99 peratus produk yang diperdagangkan dalam ASEAN menikmati kadar tarif antara sifar hingga lima peratus, perdagangan intra-rantau masih sekitar 23 peratus.

Sebahagian besar negara anggota masih memberi tumpuan kepada perdagangan dengan ekonomi utama seperti Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan China.

“Namun, jika kita memberi tumpuan kepada Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia, perdagangan intra-rantau adalah tinggi dan boleh mencecah sehingga 60 peratus.

“Bagi sesebuah blok serantau yang mahu mencapai integrasi ekonomi, perdagangan sesama anggotanya seharusnya melebihi 65 hingga 70 peratus, seperti yang telah dicapai Kesatuan Eropah,” katanya pada Sidang Kemuncak Ekonomi dan Keusahawanan Asia 2026 di ibu negara.

Tambahnya ASEAN mempunyai potensi lebih besar untuk mengembangkan perdagangan serantau sekiranya halangan tarif dan bukan tarif terus dikurangkan, selain memudahkan sektor swasta mengembangkan operasi merentas negara anggota.

Pendekatan itu dapat membantu memperkukuh rantaian bekalan serantau, terutama ketika ekonomi berdepan ketidaktentuan geopolitik dan gangguan bekalan global.

Konflik di Selat Hormuz dan Laut Merah ketika ini, katanya, bukan sahaja memberi kesan kepada bekalan minyak dan gas, malah turut melibatkan bahan kimia yang digunakan dalam pengeluaran baja serta produk farmaseutikal.

Sehubungan itu, ASEAN perlu memanfaatkan kekuatan ekonomi setiap negara anggota dan memperluas hubungan perdagangan sesama sendiri bagi meningkatkan daya tahan rantau terhadap kejutan luaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.