Putera Harry, enam tokoh terkemuka diarah bayar £9.5 juta kepada The Daily Mail

Putera Harry meninggalkan Mahkamah Tinggi Britain di London pada perbicaraan kes, 22 Januari 2026 – Foto AFP

LONDON, 21 Ogos – Putera Harry dan enam plaintif lain diarah membayar £9.5 juta (AS$13 juta) sebagai bayaran awal sebagai bayaran awal untuk menampung kos guaman tabloid Britain, The Daily Mail.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hakim menyatakan kes penggodaman diteruskan dengan cara yang sangat tidak munasabah.
  • Tujuh plaintif termasuk Putera Harry, Sir Elton John, David Furnish, Elizabeth Hurley dan Sadie Frost menuduh Mail melakukan pengintipan dan akses data peribadi.
  • Perbicaraan 11 minggu berakhir dengan hakim Matthew Nicklin pada 7 Julai memutuskan plaintif gagal membuktikan dakwaan.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Putera Harry dan enam tokoh terkenal, termasuk Sir Elton John melunaskan bayaran tersebut dalam tempoh seminggu selepas mereka kalah dalam tuntutan bulan lalu yang mendakwa berlakunya pengumpulan maklumat secara tidak sah dan pencerobohan privasi.

“Putera Harry dan enam plaintif lain perlu membayar jumlah itu kepada The Daily Mail selepas seorang hakim memutuskan bahawa kes penggodaman yang mereka bawa telah diteruskan dengan cara yang sangat tidak munasabah.

Keputusan itu dibuat kurang daripada 48 jam selepas berita mengejutkan bahawa Duke of Sussex itu akan berpindah semula ke Britain dari California dalam tempoh beberapa minggu, bersama isterinya, Meghan Markle dan dua anak pasangan itu.

Selain Harry dan Elton John, para plaintif termasuk pengurus artis, David Furnish, pelakon Elizabeth Hurley dan Sadie Frost menuduh The Daily Mail memasang alat pengintip di dalam kereta dan rumah mereka, mencuri dengar panggilan telefon serta mengakses akaun bank selain rekod perubatan.

Selepas perbicaraan selama 11 minggu yang berlangsung dengan penuh emosi, hakim Matthew Nicklin memihak kepada penerbit akhbar berkenaan, Associated Newspapers Limited (ANL) dalam keputusan yang diumumkan pada 7 Julai, dengan menyimpulkan bahawa para plaintif gagal membuktikan dakwaan yang dikemukakan dalam tuntutan mereka. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.