
TEMERLOH, 20 Ogos – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pihak berkuasa bagi mengesan seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di hadapan Klinik Desa Kampung Lebak Seberang di sini, malam tadi.
- Mangsa, Muhamed Hanifa Mammu, 47, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak bomba.
- JBPM Pahang menerima panggilan kecemasan pada 11:09 malam; jentera BBP Bukit Angin tiba kira-kira 18 minit kemudian.
- PKO BBP Bukit Angin menjalankan pencarian permukaan malam pertama, operasi ditangguhkan; PPDA diarahkan meneruskan pada 8:07 pagi.
- Selaman pertama PPDA pada 9:24 pagi hingga kedalaman kira-kira 2.5 meter; operasi dibantu BBP Temerloh dengan lapan anggota, FRT dan bot aluminium.
Mangsa, Muhamed Hanifa Mammu, 47, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak bomba.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11:09 malam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin tiba di lokasi kira-kira 18 minit kemudian.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Bukit Angin kemudian menjalankan pencarian di permukaan air pada malam pertama, namun operasi ditangguhkan sebelum Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) diarahkan meneruskan operasi mencari dan menyelamat pada 8.07 pagi tadi,” katanya.
Selaman pertama oleh pasukan PPDA BBP Bukit Angin dilakukan pada pukul 9:24 pagi pada kedalaman kira-kira 2.5 meter.
Operasi turut mendapat bantuan BBP Temerloh membabitkan lapan anggota serta sebuah jentera FRT dan bot aluminium, manakala seramai sembilan anggota PPDA BBP Bukit Angin terlibat dalam operasi berkenaan.