SUKMA 2026: Uzlifatil Jannah sumbang emas buat Selangor

Foto RTM

SHAH ALAM, 20 Ogos – Atlet terjun Selangor, Uzlifatil Jannah Ashraf menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen tuan rumah dalam acara 1 meter papan anjal wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Uzlifatil Jannah mengumpul 216.30 mata untuk menang pingat emas, menewaskan wakil Sarawak Mya Yumna Schakeera (210.60).
  • Kejayaan itu melengkapkan koleksi terjun Selangor satu emas dan satu gangsa daripada dua acara hari ini.
  • Sebelum itu Uzlifatil Jannah meraih gangsa dalam acara 3m papan anjal seirama campuran bersama Muhammad Aeriel Riezqi Abdullah.

Atlet berusia 17 tahun itu mengungguli saingan selepas mengumpul 216.30 mata, sekali gus mengatasi wakil Sarawak, Mya Yumna Schakeera yang meraih pingat perak dengan catatan 210.60 mata.

Kejayaan itu turut melengkapkan koleksi satu pingat emas dan satu gangsa buat skuad terjun Selangor daripada dua acara yang dipertandingkan hari ini.

Sebelum itu, Uzlifatil Jannah turut menyumbang pingat gangsa bersama Muhammad Aeriel Riezqi Abdullah dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran.

Acara tersebut dimenangi wakil Sarawak yang mengumpul 235.32 mata, manakala Wilayah Persekutuan meraih pingat perak dengan catatan 224.13 mata.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.