Wan Nur Anissa tebus kekecewaan SUKMA Sarawak dengan emas 25m air pistol

Foto RTM

SUBANG, 19 OgosAtlet menembak Terengganu, Wan Nur Anissa Wan Nazri menebus kekecewaan pada SUKMA Sarawak dua tahun lalu apabila merangkul pingat emas acara 25m Air Pistol Individu Wanita pada SUKMA 2026, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menyasarkan pingat emas sejak awal, menjadikan kemenangan sebagai sasaran utama persiapan.
  • Persiapan mental menjadi aspek utama dalam usaha mencapai sasaran.
  • Semangat lebih tinggi berbanding sebelum ini untuk menghadiahkan pingat emas kepada Terengganu.
  • Mengumpul 1107 mata; Halina 1010 perak; Sayyeda 608 gangsa.

Anissa berkata kejayaan itu menepati sasaran yang ditetapkan sejak awal, selain persiapan mental yang menjadi antara aspek utama dalam usahanya memburu pingat emas.

“Saya sangat gembira kerana sejak awal lagi memang menyasarkan pingat emas untuk acara ini.  Acara ini merupakan acara kegemaran saya, jadi sasaran saya sememangnya adalah untuk meraih pingat emas,” katanya ketika ditemui media.

Menurut Anissa, persiapannya kali ini tidak banyak berbeza berbanding sebelum ini, namun semangat untuk menghadiahkan emas kepada Terengganu lebih tinggi.

“Saya rasa saya buat perkara yang sama sahaja. Cuma kali ini, semangat saya lebih besar berbanding dua tahun lepas kerana saya betul-betul mahu menghadiahkan pingat emas kepada Terengganu. Mental saya juga lebih kuat,” jelasnya.

Anissa mengakui cabaran untuk membahagikan masa antara latihan dan persekolahan sebelum ini sedikit menyukarkan persiapannya, namun tidak menghalang dirinya untuk terus dalam sukan berkenaan.

Atlet berusia 18 tahun itu muncul juara selepas mengumpul 1107 mata, manakala pingat perak menjadi milik wakil Selangor, Halina Izreen Hasli Izwan dengan 1010 mata.  Pingat gangsa pula diraih wakil Pahang, Sayyeda Khadeeja Mohammad Anis Fadhli dengan 608 mata.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.