Trump sekali lagi gagal cabar keputusan kes serangan seksual

Foto REUTERS

WASHINGTON, 18 Ogos – Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua menolak permohonan Presiden Donald Trump untuk mencabar keputusan juri yang mendapati beliau melakukan serangan seksual serta memfitnah penulis, E Jean Carroll.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mahkamah tidak memberikan sebarang alasan bagi keputusan untuk tidak mendengar rayuan Trump.
  • Carroll mendakwa Trump menyerangnya di bilik persalinan sebuah gedung serbaneka di New York pada 1996.
  • Bulan lalu Trump membayar AS$5.6 juta selepas juri sivil mendapati beliau bertanggungjawab atas serangan seksual dan fitnah.
  • Dalam kes fitnah berasingan di New York Trump diperintahkan membayar AS$83.3 juta dan beliau turut merayu keputusan itu.

Tiada sebarang alasan diberikan oleh mahkamah berhubung keputusannya untuk tidak mendengar rayuan Trump.

Pada akhir Jun lalu, Mahkamah Agung turut menolak rayuan Trump terhadap keputusan asal juri yang dibuat pada Mei 2023.

Carroll, 82, bekas wartawan dan kolumnis menuduh Trump menyerangnya di bilik persalinan sebuah gedung serbaneka di New York pada 1996.

Bulan lalu, Trump membayar AS$5.6 juta kepada Carroll selepas juri dalam kes sivil mendapati beliau bertanggungjawab atas serangan seksual dan fitnah terhadap wanita itu.

Ketika dakwaan Carroll diterbitkan dalam bukunya pada 2019, Trump, seorang bilionair Republikan menyifatkannya sebagai “orang gila” dan mendakwa wanita itu mereka-reka tuduhan berkenaan.

Dalam kes fitnah berasingan di New York, Trump diperintah membayar AS$83.3 juta kepada Carroll.

Trump turut merayu keputusan berkenaan kepada Mahkamah Agung. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.