Lelaki dipenjara setahun kerana curi RM390, tunjuk kemaluan

Ahmad Zawawi Ahmad Taufek, 25, mengaku bersalah mencuri dan menunjukkan kemaluan di Mahkamah Majistret Kangar hari ini/ RTM

KANGAR, 17 Ogos- Seorang lelaki dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kangar hari ini selepas mengaku bersalah mencuri wang tunai RM390 dan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Perpustakaan Desa Padang Siding, Arau, pada 12 Ogos lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mahkamah Majistret Kangar menjatuhkan hukuman penjara setahun selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri RM390 dan menunjuk kemaluan di perpustakaan.
  • Perbuatan berlaku kira-kira 11 pagi apabila tertuduh mengeluarkan kemaluan sambil bersandar di sofa perpustakaan.
  • Mangsa berlari mendapatkan bantuan rakan sebelum mereka menghalau tertuduh keluar dari perpustakaan.
  • Pemeriksaan dompet mangsa mendapati wang tunai RM390 hilang; hukuman enam bulan bagi Seksyen 509 dan enam bulan bagi Seksyen 380 berjalan berturutan.

Ahmad Zawawi Ahmad Taufek, 25, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Mengikut pertuduhan, kira-kira 11.00 pagi pada tarikh berkenaan, lelaki berkenaan mengeluarkan kemaluannya ketika bersandar di atas sofa di perpustakaan berkenaan.

Mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu kemudian berlari keluar untuk mendapatkan bantuan rakannya sebelum mereka menghalau pelaku keluar dari perpustakaan.

Pemeriksaan terhadap dompet mangsa selepas kejadian mendapati wang tunai RM390 hilang dan dipercayai dicuri lelaki terbabit.

Majistret menjatuhkan hukuman enam bulan penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan enam bulan lagi bagi kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, dengan hukuman berjalan secara berturutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom, manakalaAhmad Zawawi diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Afida Nurizzatie Abdul Lateh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.