RM300,000 bantu mahasiswa anak Pahang sambung pengajian ke luar negara

Foto RTM

KUANTAN, 14 Ogos – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan kira-kira RM300,000 menerusi Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara Tahun 2026 bagi membantu 300 mahasiswa negeri itu menuntut di luar negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • 118 mahasiswa menerima sumbangan RM1,000 seorang sebagai sokongan membantu meringankan kos pengajian mereka.
  • 20 pelajar Program KYP Yarmouk Jordan dan 15 anak Pahang ke Morocco terima wang pendahuluan AS1,000 seorang.
  • Pemimpin menasihatkan pelajar kuatkan fizikal dan mental, belajar bersungguh serta banggakan nama negeri Pahang.

Sebagai permulaan, seramai 118 mahasiswa telah menerima sumbangan masing-masing membabitkan peruntukan keseluruhan RM118,000 hari ini.

Beliau berkata, kesemua penerima menerima sumbangan berjumlah RM1,000 seorang sebagai tanda sokongan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban kos pengajian mereka.

“Turut menerima sumbangan hari ini ialah 20 pelajar Program KYP – Yarmouk Jordan yang akan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam) serta 15 anak Pahang yang bakal melanjutkan pengajian ke Morocco, di mana masing-masing menerima wang pendahuluan AS1,000 seorang,”  ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati menasihatkan para pelajar terlibat supaya mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental dalam mendepani pelbagai cabaran ketika berada di perantauan.

“Saya mengambil kesempatan menasihati mereka supaya belajar rajin-rajin, bawa nama negeri Pahang, dan pulang dengan kejayaan yang cemerlang.

“Dalam masa yang sama, saya meminta mereka kuatkan mental dan fizikal kerana berada di luar negara ini banyak cabarannya,” katanya demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara Tahun 2026, Wang Pendahuluan Pelajar Pengajian ke Morocco dan Program KYP-Yarmouk Jordan di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Kesemua penerima sumbangan berkenaan terdiri daripada penuntut pelbagai institusi pendidikan di Pahang, antaranya Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP), Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), UCYP University, Kolej Yayasan Pahang (KYP), Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP).

 

 

 

 

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.